Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Epiknya Filem & Sensasinya...

CERITA dalam filem epik pastilah hebat. Nama pun epik. Diangkat dari kisah kepahlawanan....

Penggantungan Jurulatih Jejas Rentak...

KUANTAN - Penggantungan jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria selama tujuh bulan memberi kesan...

Perubatan Swasta Gagal Kesan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mendapati 99 peratus sesi pertama perjumpaan pesakit bersama dengan...

Fenomena El Nino Berlaku...

BANGKOK - Fenomena El Nino yang berlaku sekarang dijangka berterusan sehingga suku kedua...

Zoo Seluruh Negara Perlu RM8 Juta Tampung Kos Operasi

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM8 juta diperlukan 14 zoo dan 20 pusat Pameran Tetap Hidupan Liar (ZPT) di seluruh negara bagi meneruskan kelangsungan pengoperasian premis masing-masing sehingga Disember ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kos itu bagi menampung bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan berikutan penutupan sementara premis zoo seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pendapatan utama zoo dan pusat pameran bergantung kepada tiket pelawat dalam dan luar negara dan sepanjang tempoh PKP, mereka tak dapat pengunjung macam biasa menyebabkan kekurangan pendapatan.

“Susulan itu kementerian sedang membuat penilaian secara teliti (mengenai kos) dan mendapatkan maklum balas lengkap daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Persatuan Taman Zoologi dan Aquaria Malaysia (MAZPA) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan dana kepada Zoo Negara, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata 34 permit pengendalian ZPT dikeluarkan Perhilitan bagi menguatkuasakan peraturan kepada pemilik atau pengendali ZPT supaya tidak mengabaikan aspek kebajikan, pemakanan, penjagaan kesihatan dan pembersihan kurungan hidupan liar.

Beliau berkata selain Zoo Negara, operasi ZPT lain di seluruh negara turut terjejas teruk kerana kos operasi premis tersebut bergantung sepenuhnya daripada hasil kutipan tiket. 

Jelasnya, langkah kerajaan membantu ZPT adalah bagi menjamin kebajikan spesies hidupan liar yang ada di premis berkenaan dan memastikan kelangsungan operasi dan kebajikan kira-kira 1,058 pekerja di tempat tersebut.


Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk orang awam dan menyeru lebih banyak badan korporat membantu Zoo Negara, selain menyarankan kerajaan negeri untuk turut menyalurkan bantuan kepada zoo di negeri masing-masing.

Terdahulu, Shamsul Anuar menyerahkan sumbangan dana berjumlah RM1.3 juta kepada Zoo Negara sebagai langkah awal membantu meringankan masalah dihadapi terutama dalam menyediakan bekalan makanan kepada haiwan di premis tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @Rahmat Ahmat Lana berkata sambutan kempen haiwan angkat atau ‘adoption’ yang dilaksana pihak zoo tersebut baru-baru ini, adalah memberangsangkan, namun mereka masih memerlukan sumbangan perubatan.

“Ia amat menggalakkan terutama sumbangan bahagian makanan, tetapi tidak banyak sumbangan perubatan diterima …kami memerlukan sekurang-kurangnya RM12,000 sehari untuk (kos) makanan dan perubatan,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, hampir 99 peratus sumbangan diterima adalah daripada orang perseorangan.

Kategori