Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dobi Layan Diri Jadi...

KOTA BHARU - Musim tengkujuh dengan hujan lebat yang berterusan di Kelantan sejak...

Tiada Sistem Pengairan Punca...

SUNGKAI - Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah membina sistem saliran longkang yang baik...

JAKIM Sahkan Mee Segera...

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyangkal dakwaan mengatakan produk mee segera super pedas dari...

Setiap Nyawa Rakyat Sangat...

“SAYA bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari, (dan) saya juga bertuah kerana anda semua...

10 EXCO Kedah Angkat Sumpah

ALOR SETAR – Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah selesai mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman di sini, pagi ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata lebih separuh EXCO yang dilantik mempunyai pengalaman luas termasuk pernah berkhidmat di bawah kerajaan negeri terdahulu.

Katanya, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita turut dilantik, berbanding hanya dua sebelum ini bagi memastikan suara golongan berkenaan terus didengar.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Enam EXCO terbabit pernah memegang portfolio sama dan ia menjadi kesinambungan serta kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir Kedah.

“Pada masa sama, kita menghargai peranan wanita dan perjuangan melantik 30 peratus pemimpin wanita tercapai hari ini,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, komposisi lantikan EXCO mengikut ketetapan secara kosensus pimpinan PN di peringkat Pusat.

Beliau menafikan berlaku tawaran jawatan EXCO kepada ADUN terutama membabitkan ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi memperoleh sokongan membentuk kerajaan.

“Mereka ini memang ADUN BERSATU, jadi tiada istilah mereka lompat parti, tiada tawaran dibuat di peringkat negeri.

“Formula ini ditentukan di peringkat Pusat untuk dilaksanakan di Kedah, konsensus yang kita capai untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) pimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hilang majoriti selepas 23 ADUN menyatakan hilang kepercayaan terhadap beliau.

Berikutan itu, PN Kedah mengambil alih kerajaan negeri selepas Muhammad Sanusi mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar, Ahad lalu.

Komposisi DUN Kedah ketika ini menyaksikan PAS menguasai 15 kerusi, PKR (lima), Parti Amanah Nasional (AMANAH) (empat), BERSATU-Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), BERSATU-Tun Dr Mahathir Mohamad (dua), UMNO (dua) dan Bebas (dua).

Senarai portfolio EXCO Kedah:


1. Muhammad Sanusi Md Nor (Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Majlis Ekonomi Kedah dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri)

2. Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi)

3. Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Kesihatan dan Kerajaan Tempatan) – baharu

4. Azman Nasrudin (Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India)

5. Datuk Suraya Yaacob (Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga)

6. Datuk Siti Aishah Ghazali (Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan)

7. Halimaton Shaadiah Saad (Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan)

8. Wan Romani Wan Salim (Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) – baharu

9. Datuk Najmi Ahmad (Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia) – baharu

10. Mohd Firdaus Ahmad (Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

11. Dr Robert Ling Kui Ee (Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam) – baharu

Kategori