Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kelab Bola Sepak Bukan...

KUALA LUMPUR - "Kelab bola sepak bukan sebuah penjara. Itulah sebab ia dipanggil...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda...

Penunggang Maut Dalam Kemalangan...

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis...

Peminat Buat Lakaran Wajah...

AMBOI...rajin sungguh insan yang membuat lakaran wajah dewasa anak Rozita Che Wan (Che...

144 Daripada 191 ARMADA BERSATU Bahagian Sokong PN

KUALA LUMPUR – Majoriti Sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak pendirian ARMADA Nasional yang menyokong parti itu kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pendirian itu disuarakan oleh EXCO ARMADA Nasional BERSATU, Muzzammil Ismail bersama 144 Ketua ARMADA Bahagian yang menyifatkan kenyataan ARMADA Nasional itu tidak menggambarkan suara akar umbi, sekali gus dikhuatiri hanya mengeruhkan krisis dalaman parti yang berterusan.

Muzzamil berkata, perkara mengenai sokongan terhadap kerjasama dengan PH itu tidak pernah dibincangkan bersama 191 Ketua ARMADA Bahagian termasuk Sabah dan rata-ratanya tidak menyokong pendirian rasmi berkenaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Adakah ARMADA Nasional boleh menyenaraikan ARMADA bahagian dan negeri manakah yang menyokong kenyataan bersama ini? ARMADA Nasional harus menghormati struktur berorganisasi.

“Apakah ARMADA ini parti dalam parti? Kerana sesuka hati membuat keputusan dasar untuk parti? Langsung dengan sifat kebudak-budakan pimpinan ARMADA Nasional yang selalu ‘temper tentrum’,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Muzzamil berkata, dalam waktu begini tumpuan sepatutnya adalah bagi mengukuhkan kerajaan yang ada bagi memastikan ahli parti dan rakyat terus mendapat manfaat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan melupakan sebentar mengenai PH.

Dengan pendirian dibuat ARMADA Nasional itu adakah mereka cuba membelakangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berikutan kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperakui oleh baginda.

“Lupakah pimpinan ARMADA Nasional bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sering ‘digulikan’ parti komponen PH sehingga beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Di mana pimpinan ARMADA Nasional pada waktu itu?


“Sebagai EXCO ARMADA Nasional, saya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu yang memutuskan BERSATU keluar daripada PH dan keputusan ini kekal hingga terdapat keputusan MPT terbaru,” katanya.

Pihaknya meminta supaya pimpinan ARMADA Nasional jangan terlalu biadap untuk menjadi ‘jaguh politik dan menjadi lebih sudu dari kuah’.

Muzzamil mendakwa, Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering mengajar ahli sayap parti itu untuk bersifat biadap dengan melanggar struktur parti dan membelakangkan suara akar umbi dan kenyataan ketua bahagian.

“Apakah ini polemik politik Syed Saddiq dalam usahanya untuk menunjukkan kekuatan sokongan di hadapan Tun Dr Mahathir dalam usaha untuk mengekalkan beliau sebagai Ketua ARMADA Nasional pada pemilihan yang sedang berlangsung.

“Syed Saddiq adalah pemimpin yang bacul kerana sering kali mengheret Tun Dr Mahathir sebagai perisai beliau sehingga kenyataan media pimpinan ARMADA Nasional yang menyokong kerjasama dengan PH pun, tidak berani meletakkan nama beliau,” katanya. – BH Online

Kategori