Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemimpin UMNO Sambut Baik...

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO menyambut baik pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr....

Skuad Hoki Tekad Beraksi...

DATUK Seri Subahan Kamal mengulangi pendiriannya untuk melepaskan jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia...

Syukuri Nikmat Berbuka Puasa...

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu mensyukuri nikmat berbuka puasa bersama keluarga pada...

Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi...

SEORANG pengasuh berusia 39 tahun didakwa di mahkamah majistret di Sibu, Sarawak kerana...

19 Lagi Barangan Harga Terkawal

KAWALAN bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah diperluaskan kepada 19 barang baharu, demikian menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata, dengan senarai 16 barangan harga terkawal yang ditetapkan dan berkuat kuasa mulai 20 Mei 2020, jumlah keseluruhan barangan harga terkawal yang ditentukan harga maksimum adalah sebanyak 35 barang.

Senarai 19 barang baharu adalah:

1. Tomato

2. Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Kubis Beijing)

3. Cili merah

4. Lada benggala hijau

5. Kacang panjang

6. Sawi Hijau

7. Bendi

8. Bawang besar (China)

9. Bawang besar (Holland)

10. Ubi kentang import (China)

11. Cili kering

12. Kacang tanah


13. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

14. Ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

15. Ikan aya/tongkol (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

16. Ikan segar beku kembung (berat antara 8 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

17. Ikan segar beku selayang (berat antara 8 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

18. Ikan segar beku selar (berat antara 8 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)

19. Ikan demudok/Sagai/Cermin/Cupak (berat antara 3 ekor hingga 5 ekor setiap kilogram)

Nanta berkata, tarikh kuat kuasa 19 barangan tambahan itu adalah pada 22 Mei hingga 3 Jun iaitu selama 13 hari.

KPDNHEP sedang melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP HRP) bermula 20 Mei sehingga 3 Jun. KPDNHEP juga akan menguatkuasakan SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bermula 28 Mei hingga 3 Jun.

“Pertambahan barang-barang tersebut adalah atas permintaan pengguna dan barangan tersebut merupakan barangan pilihan utama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Tiga perayaan tersebut turut temasuk dalam tempoh PKPB.

“Diharapkan harga barang tersebut adalah terkawal dengan penetapan harga siling di peringkat borong dan runcit terutamanya di pasar basah dan penjaja kecil yang menjadi tumpuan pengguna berbelanja pada musim perayaan,” katanya.

Kategori