Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kantoi! Mahathir Tersasul Seru...

TERSASUL... Setelah berjaya diiktiraf Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai calon tertua Pilihan Raya...

Singapura Wujudkan Zon Khas...

KERAJAAN Singapura membentuk satu zon khas untuk memastikan kelancaran pertemuan Presiden Amerika Syarikat...

3 Anggota Polis Cedera...

KUANTAN - Tiga anggota polis yang baru selesai melakukan rondaan cegah jenayah cedera...

Malaysia Faham Sensitiviti Bangsa...

RIYADH - Malaysia telah mendapat persetujuan daripada pihak Arab Saudi berhubung tarian zapin...

28,992 Ditahan Langgar PKP Sehingga Semalam

KUALA LUMPUR – Seramai 28,992 individu ditahan di seluruh negara kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dari 18 Mac hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu, 15,792 orang atau 54.4 peratus sudah didakwa di mahkamah.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Mengikut pecahan, bagi PKP fasa pertama sehingga fasa ketiga, polis menahan 27,061 individu dengan 13,980 dituduh di mahkamah.

“Sementara itu, bagi tempoh PKP fasa keempat pada 29 April hingga 2 Mei, seramai 1,987 orang ditahan dengan 1,812 orang dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata, setiap ketua polis daerah sudah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk isu kesesakan orang awam di beberapa lokasi tumpuan bermula esok.


“Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kita jangka akan berlaku kesesakan, tapi polis sudah bersedia untuk memantau perkara terbabit,” katanya.

Kategori