Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Johari Mahu Jawab Kecaman...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau...

Mansuh Skim Pencen Dijangka...

KUALA LUMPUR: Kesan penjimatan oleh kerajaan susulan perjawatan bagi kakitangan awam baharu berstatus...

2 Individu Diberkas Bersama...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai...

Video Ini Didakwa Bongkar...

KISAH penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska bukanlah cerita asing. Namun meskipun mendapat...

42 Pulih, Tiada Kematian, 16 Kes Baharu Covid-19

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara kembali merekodkan angka dua digit selepas merekodkan hanya 16 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu 7,619 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan itu, ada enam kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, baki sembilan kes berkaitan penularan tempatan dengan empat kes membabitkan bukan warga Malaysia.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara juga terus bertambah kepada 6,083 kes, 79.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, peningkatan itu susulan pertambahan 42 lagi kes pulih dan dibenarkan discaj daripada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

“Keseluruhannya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,421 kes.


“Seramai lapan pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat jam 12 tengah hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 115 kes, 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kategori