Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Selidik, Siasat Kes...

BATU KAWAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan kes Ketua...

Lelaki Marah Isteri, Pijak...

India – Akibat marahkan isterinya yang meninggalkannya, seorang lelaki bertindak kejam dengan memijak...

Kempen PRU14 Lancar, Tenang...

KUALA LUMPUR - Kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kini memasuki hari...

Bot Penyelamat Terbalik, Dua...

Sebentar tadi, menerusi maklumat yang dikongsikan di Facebook Sukan Star TV, satu kemalangan...

70 Sembuh, Satu Kematian, 40 Kes Baharu Covid-19

SATU kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 112 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 40 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 6,819 kes.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 16 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Bilangan pesakit yang sembuh juga terus meningkat. Terbaru seramai 70 pesakit sembuh.


“Ini menjadikan 5,351 pesakit sembuh dan dibenarkan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 78.5 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,356 pesakit. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas mengenai kes kematian ke-112 itu, Dr Noor Hisham berkata, ia membabitkan kes ke-6,780 iaitu lelaki warga negara Malaysia berusia 39 tahun.

Kategori