Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka mula menurun kepada 987 orang daripada...

Cikgu Fadli Enggan ‘Orang...

PETALING JAYA – Cikgu Fadli enggan membiarkan penyanyi rap, Caprice masuk campur dalam...

MA63: Sabah, Sarawak Boleh...

Putrajaya hari ini bersetuju untuk menyerahkan kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan ketetapan...

Taufik Batisah Jadikan Aaron...

PENYANYI kelahiran Singapura Taufik Batisah, 25, mengakui dia ingin mengikuti jejak rakan senegaranya,...

88 Pulih, Tiada Kematian, 36 Kes Baharu Covid-19

TIADA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 112 kes iaitu 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes

Beliau turut memaklumkan sehingga 12 tengah hari, terdapat 36 kes baru yang dilaporkan dengan 28 kes adalah dalam kalangan bukan warga negara Malaysia.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 6,855 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid – 19 adalah 1,304 kes.

“Sehingga kini, seramai 14 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, lima kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membangunkan sistem pengkalan data dikenali sebagai e Covid sebagai usaha pemurnian data berkaitan wabak itu.


“Ia dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan pengumpulan data daripada lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

“Penyeragaman sistem data makmal dari semua makmal Covid-19 iaitu makmal KKM, universiti, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti), hospital angkatan tentera dan juga makmal swasta pula dipertingkatkan dengan menggunakan Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA),” katanya.

Katanya, sistem ini dibangunkan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan mula digunakan semua makmal Covid-19 mulai pertengahan April 2020.

“Ini satu pencapaian yang baik berbanding dengan sebelum ini, yang mana data dari lapangan dan makmal dilaporkan secara manual,” katanya.

Kategori