Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemain Import Ditahan Miliki...

SHAH ALAM - Polis menahan seorang pemain import pasukan bola sepak tempatan di...

Lembu Punca Perang Dunia...

AHMEDABAD - Seorang bekas sami yang kini menjadi pegawai kerajaan India meramalkan Perang...

Astro Jamin ‘GGV’ Patuh...

PIHAK Astro akan memastikan program Gema Gegar Vaganza (GGV) mematuhi dan menghormati batasan-batasan...

Jadikan Tuisyen Tambahan PNP...

SEREMBAN – Pelajar perlu menjadikan tuisyen sebagai tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran...

95 Peratus Inisiatif PRIHATIN Sudah Dilaksana

PUTRAJAYA – Sebanyak 95 peratus daripada 10 langkah utama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion sudah dilaksanakan setakat ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata permohonan juga sudah dibuka pada 1 Mei untuk Geran Khas PRIHATIN (GKP) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Mikro.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM2.1 bilion, yang mana RM3,000 akan diberikan kepada setiap PKS Mikro aktif yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 31 Disember 2019.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Permohonan dibuka sehingga 15 Mei ini. Keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Jun dan pembayaran dijangka akan dibuat pada hujung Jun. Untuk maklumat lanjut, silalah layari gkp.hasil.gov.my.

“Selain itu, permohonan untuk skim jaminan pinjaman Danajamin bernilai RM50 bilion juga sudah bermula pada 1 Mei lalu,” katanya.


Beliau berkata demikian menerusi perkongsian laporan keempat pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul turut berkongsikan mengenai program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mana sehingga 3 Mei lalu, KWSP telah meluluskan lebih 3.5 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.

Kategori