Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Wanita Melayu Selamatkan...

WALAUPUN Islam tidak menggalakkan penganutnya menyentuh anjing tetapi bagi Ziezie Zeyta, ianya bukan...

Tak Ambil Tindakan Visa,...

PUTRAJAYA - Visa atau pas lawatan sosial warga asing yang telah tamat tempoh...

2 Beradik Rentung Dalam...

KOTA KINABALU - Dua beradik perempuan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah mereka...

Skim Perlindungan Kesihatan B40...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan skim perlindungan kesihatan untuk golongan isi...

Agong Berangkat Ke Istiadat Pembukaan Parlimen

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bangunan Parlimen pagi ini bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14. 

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 10 pagi itu disambut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof serta Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.

Turut menyambut ketibaan baginda ialah Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin. 

Serentak dengan ketibaan Al-Sultan Abdullah, lagu ‘Negaraku’ dimainkan oleh pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum baginda berangkat ke Bilik Menunggu Diraja. 

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dewan kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan Rakyat sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat mengisytiharkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bermula.

Yang Dipertua Dewan Rakyat kemudian menjemput Seri Paduka menyampaikan Titah Diraja. 


Persidangan Parlimen kali ini berlangsung di tengah-tengah negara berjuang memerangi COVID-19 diadakan dengan peraturan keselamatan kesihatan yang ketat sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Antaranya, Ahli Parlimen, Senator, kakitangan parlimen dan warga media yang membuat liputan diwajibkan menjalani saringan COVID-19, sebelum hadir ke istiadat hari ini. 

Persidangan pada asalnya dijadual pada 9 Mac sehingga 16 April lepas, namun ditangguhkan kepada persidangan sehari hari ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan.

Persidangan sehari Dewan Rakyat itu selari dengan Perkara 55 (1)  Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa dewan hendaklah bersidang tidak lebih dari enam bulan selepas sidang terakhirnya.  

Kategori