PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang video petang tadi.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah berkenan mengambil maklum mengenai peranan dan usaha dilaksanakan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Melalui sesi sidang video selama 20 minit itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengambil maklum langkah dan tindakan dilaksanakan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperketatkan kawalan sempadan negara dan menangani isu pencerobohan pendatang asing.
“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam memastikan penularan wabak COVID- 19 ini dapat dihentikan,” katanya.