Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MAIPs Sumbang Zakat Kepada...

PADANG BESAR - Sebanyak 35 keluarga asnaf penghuni Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup...

Pengambilalihan Tanah Projek HRS...

KUALA LUMPUR – Proses pengambilalihan tanah bagi pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi...

Malaysia-Singapura Runding Semak Harga...

KLANG - Rundingan semakan semula harga air mentah dengan Singapura dimulakan sebulan lalu,...

Lenggeng & Pantai Jadi...

SEREMBAN - Jabatan Perikanan Negeri Sembilan bercadang menjadikan beberapa kawasan di Pantai dan...

Agong Zahir Penghargaan Kepada Wisma Putra

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada warga Wisma Putra khususnya pegawai dan petugas kedutaan di luar negara serta Pasukan Petugas COVID-19 Kementerian Luar dalam usaha membantu rakyat Malaysia yang terkandas ekoran penularan pandemik Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah penghargaan itu disampaikan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sesi menghadap menerusi sidang video semalam.

“Al-Sultan Abdullah amat menghargai komitmen, kompentensi dan sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pegawai dan petugas Wisma Putra dalam mengharungi cabaran untuk membawa pulang 14,015 rakyat Malaysia dari 70 buah negara,” katanya menerusi kenyataan itu di Kuala Lumpur hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Tambah beliau, Seri Paduka turut menghargai khidmat yang diberikan oleh Pasukan Petugas COVID-19 Kementerian Luar dalam menyediakan laporan dan khidmat konsular kepada diplomat asing di Malaysia serta rakyat Malaysia yang masih berada di negara yang dilanda wabak itu.

“Baginda menasihati diaspora Malaysia di luar negara agar sentiasa berhati-hati dan dapat menyesuaikan diri dengan amalan kebiasaan baharu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Disiplin diri dan komitmen terutamanya pematuhan jarak sosial dan kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh negara-negara yang mereka bermastautin perlu diberi perhatian yang serius,” katanya.


Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar Wisma Putra mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang baik dan kerjasama rapat yang sedia terjalin antara Malaysia dan negara di seluruh dunia.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka yang pernah melanjutkan pengajian dalam Hal Ehwal Luar Negeri dan Diplomasi di Worcester & Queen Elizabeth College di United Kingdom pada 1981, mempunyai kecenderungan tinggi di dalam bidang diplomatik dan amat memahami kepentingan hubungan dua hala dengan negara luar.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar umat Islam mengambil keberkatan bersempena Ramadan dan sambutan Nuzul Quran yang akan menjelang tidak lama lagi untuk berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati serta pandemik ini dapat dibendung dan diakhiri dengan segera.

Kategori