Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2 Bekas Pegawai Kanan...

KUALA LUMPUR - Dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) didakwa...

Wartawan Ditemui Mati Dedah...

SEORANG wartawan Rusia meninggal dunia selepas `terjatuh' dari balkoni pangsapurinya, setelah beberapa minggu...

Siapa Akan Percaya Penjelasan...

SEBAGAI rakyat biasa, membaca penjelasan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria Ketua Bahagian Perbicaraan dan...

Nenek Perasan Cantik Sertai...

UMURNYA sudah 87 tahun namun nenek ini masih menyimpan hasrat untuk memasuki pertandingan `Granny...

Bas, Motosikal Tak Dibenar Rentas Negeri

PERKHIDMATAN bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan digunakan sebagai kenderaan perjalanan rentas negeri yang bermula esok hingga 10 Mei ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, larangan itu sudah dimuktamadkan pihaknya sebelum ini.

“Kenderaan awam seperti bas dan motosikal tidak dibenarkan untuk perjalanan rentas negeri. Bagi motosikal, adalah sukar untuk dikawal kerana tiada penjarakan sosial.

“Bagi perjalanan menerusi penerbangan pula dibenarkan untuk perjalanan di Semenanjung. Namun, mereka yang mahu ke Sabah dan Sarawak pula perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui platform disediakan (kerajaan negeri) sebelum membeli tiket penerbangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Al Ishsal Ishak.


Mengulas berhubung jumlah penumpang pada satu kenderaan ketika perjalanan rentas negeri, Huzir berkata, peraturan itu masih terhad kepada empat individu.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada budi bicara petugas sekatan jalan raya yang membuat pemeriksaan,” katanya.

Kategori