Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kecurangan Isteri Terbongkar Bila...

Sepanyol – Kecurangan seorang isteri terhadap suaminya terbongkar selepas dia melahirkan seorang bayi...

Puskas 2018 Gol Ketujuh...

LONDON - Pemain tengah England, James Milner berjenaka apabila mengatakan anugerah Puskas yang...

Bukan Niat SPRM Jatuhkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pegawai...

Najib Umum Langkah Pengalakkan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa...

BN Akan Letak Calon Di PRK DUN Chini

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan nanti.

Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Selasa lalu.

Persiapan awal telah digerakkan dan Dewan Tertinggi BN memutuskan Menteri Besar Pahang dilantik sebagai Pengarah Jentera PRK DUN Chini.

“Jentera itu akan dibantu Jabatan Urusan Pilihan Raya BN. Perkara lain mengenai PRK itu, BN akan tunggu pemakluman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Annuar turut menjelaskan BN akan membuat penyelarasan kempen untuk PRK DUN Chini dengan mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Beliau menjelaskan sekiranya PRK DUN Chini dilaksanakan selepas PKPB, SOP dan langkah yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus dipatuhi.

UMNO dan PAS pada PRK itu akan bekerjasama melalui gagasan Muafakat Nasional yang dimeterai kedua-dua parti.

Sementara itu, Annuar mengumumkan Dewan Tertinggi BN bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai pengerusi BN bagi Selangor.


Turut dipersetujui pelantikan pengerusi BN bagi semua kawasan parlimen di negeri kecuali Sarawak.

“Dewan Tertinggi meluluskan senarai pengerusi itu dan surat pelantikan dikeluarkan sedikit masa lagi membabitkan 191 kawasan daripada 222 kawasan parlimen. Buat kali pertama, BN kini tiada jentera di Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar menjelaskan Dewan Tertinggi BN juga memperakui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebagai parti komponennya.

“Wujud kekeliruan sebelum ini mengenai status PBRS. Dewan Tertinggi memperakui parti itu tidak pernah meninggalkan BN dan kekal bersama-sama dengan UMNO, MCA dan MIC,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dewan Tertinggi BN katanya, bersetuju Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik Ketua Whip BN yang akan bekerjasama dengan Ketua Whip kerajaan, Datuk Seri Azmin Ali. – BH Online

Kategori