KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri jika ada usul undi tidak percaya dibuat di Parlimen.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN akan mengambil pendekatan ‘en-bloc’ (sokongan sebulat suara) jika usul terbabit dibentangkan dan melalui proses undian di Dewan Rakyat.
“Sekiranya terdapat usul tidak percaya di Parlimen, ketetapan dibuat supaya semua Ahli Parlimen BN akan mengundi secara en-bloc menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERAā¦ KLIK
Katanya, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari juga memutuskan menyokong dan terus memberi kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri kelapan.
“BN terus menyokong dan mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri,” katanya.
BN kini membentuk 43 kerusi di Dewan Rakyat, jumlah terbesar bagi gabungan PN.
Beliau berkata, mengenai pendaftaran PN sebagai sebuah parti, Ahmad Zahid berkata, BN berpandangan perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing.
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mei lalu mengemukakan notis usul undi tak percaya kepada Perdana Menteri kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.
Mohamad Ariff pada Jumaat memaklumkan menerima usul berkenaan untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat yang akan mula bersidang Isnin depan. – BH Online