Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isu Gelekan Maut: Kazar...

SELAKU bapa, nama pelakon dan penyanyi Kazar Sairi sedikit sebanyak turut terpalit sama selepas...

Selangor Buat Bengkel Bincang...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan bengkel khas awal tahun depan...

Pencarian Mangsa Nahas Lion...

SEORANG rakan sekerja kru kabin penerbangan JT610 menangis di atas dek kapal Tentera...

HTC One A9, Rekaan...

HTC sebelum ini telah mengatakan bakal mengadakan acara khas pada bulan Oktober ini,...

Boleh ‘Shooting’ Lepas Hari Raya

PERSATUAN Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan penggiat industri perfileman meneruskan aktiviti mereka selepas Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun rayuan mereka untuk menyambung kerja penggambaran sebelum perayaan itu tidak dipenuhi, keputusan tersebut sekurang-kurangnya melegakan karyawan dan kru penerbitan yang hilang mata pencarian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa dua bulan lalu, kata Presidennya Dr Ahmad Ibrahim.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kami memang berharap untuk kembali bekerja sebelum hari raya. Tapi alhamdulillah, selepas Aidilfitri pun, kami bersyukur juga. Ini hadiah hari raya paling berharga buat karyawan filem. Insya-Allah FDAM akan memastikan SOP dipatuhi. Terima kasih menteri atas keprihatinan beliau,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah malam tadi, mengumumkan berita baik itu ketika bercakap dalam Episod Siaran Langsung Facebook Duduk Rumah Harith Iskander bertajuk ‘Masa Depan Siaran Langsung Hiburan’ Pasca-Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Menurut data FDAM, terdapat 875 karyawan filem dan TV termasuk 35 ahli FDAM mewakili 35 syarikat penerbitan kehilangan punca pendapatan sejak PKP mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Kategori