Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suami Durjana Bernafsu Lihat...

KUALA LUMPUR - Selama dua tahun, seorang wanita terpaksa menanggung derita akibat kecenderungan...

PAC Bakal Bicara Laporan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan prosiding berhubung...

Bincang Tentang Radiohead Selepas...

KUALA LUMPUR – Berikutan janji yang pernah dibuat oleh Nurul Izzah Anwar untuk...

Video: Rani Kulup Buat...

RAJA report polis, Abdul Rani Kulup nampaknya sudah tidak asing lagi dalam kalangan...

Caj Kuarantin Hotel Bermula 1 Jun

BERMULA 1 Jun, semua rakyat Malaysia di luar negara yang mahu pulang ke tanah air perlu membayar 50 peratus daripada kadar RM150 bagi hotel yang menjadi pusat kuarantin Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar itu yang ditanggung sepenuhnya kerajaan sebelum ini, perlu dijelaskan kelompok itu selepas diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Bagi pasangan yang bukan warganegara Malaysia termasuklah pemastautin tetap, mereka perlu bayar penuh RM150. Hanya bagi rakyat Malaysia sahaja perlu bayar separuh, dan separuh lagi ditanggung kerajaan.

“Mereka juga perlu menandatangani surat perjanjian atau akujanji pembayaran ini yang disediakan pihak kedutaan Malaysia sebelum diterbangkan pulang,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihak kedutaan akan mengeluarkan surat kebenaran kepada golongan itu yang menjadi syarat utama menaiki pesawat.


“Jabatan Imigresen akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan supaya surat terbabit dijadikan syarat kepada semua penumpang sebelum berlepas,” katanya.

Beliau memberitahu, langkah terbaharu kerajaan itu terpaksa diambil susulan keengganan pasangan rakyat Malaysia yang bukan warganegara untuk membayar caj kuarantin di hotel sebelum ini.

Kategori