Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Hilang Arah Spin...

MAHATHIR tiba-tiba muncul dengan video drama pendek: Harapan/Kasihanilah Atuk. Klip pendek melankolik ini...

NAMA, Manusia Kalkulator Beraksi...

SINGAPURA - Kumpulan penyanyi wanita berhijab dari Malaysia, NAMA, yang berjaya ke pusingan...

Pembangunan Semula Sektor Pelancongan

GEORGE TOWN - Pembangunan semula sektor pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik...

Publisiti Murahan Juara ‘Kejohanan...

MEDIA China dikecam kerana terlalu meraikan pemenang bagi "Kejohanan Model Payudara" yang dianjurkan buat kali...

Campak Bayi Dari Tingkat 4

PEMBANTU kedai tergamak mencampak bayi perempuannya yang baharu dilahirkan dari tingkat empat rumah didiaminya di Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat Georgetown, hari ini.

Kejadian itu disedari seorang penghuni flat pada 8 pagi selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumahnya sebelum menemui sebuah beg terdapat bayi cukup sifat masih bernyawa.

Terkejut dengan penemuan itu, penghuni terbabit kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan insiden itu untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan berkata, sepasukan anggota polis pergi pergi ke lokasi bersama kakitangan Klinik Kesihatan Bayan Baru untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Ketika tiba di lokasi mendapati bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan masih bernyawa di bahagian kawasan terbuka (bawah) flat terbabit.

“Polis kemudian mengenal pasti rumah suspek dan membawa dia bersama bayinya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, hasil soal siasat ke atas suspek berusia 18 tahun itu, dia mengaku melahirkan bayinya pada 7 pagi di dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarganya.


“Suspek panik dan dia membuat keputusan untuk membuang bayinya dari tingkat empat melalui balkoni kecil rumahnya untuk mengelak diketahui ahli keluarga lain.

“Ketika kejadian ibu bapanya berada di Kelantan, manakala adik-beradik yang tinggal bersama suspek tidak menyedari kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, suspek merahsiakan dirinya mengandung daripada ahli keluarga dan mendedahkan bapa kepada bayi itu adalah teman lelakinya yang sebaya dengannya.

Katanya, berikutan itu, usaha mengenal pasti teman lelaki suspek giat dilakukan.

“Ketika ini, doktor sedang melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui keadaan bayi terbabit kerana terdapat pendarahan pada kepala,” katanya. – myMetro Online

Kategori