Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kaunter Pertanyaan SST Akan...

KUALA LUMPUR– Kementerian Kewangan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membuka...

Jadi Trend! Individu Bukan...

IBADAH berpuasa merupakan amalan wajib bagi setiap individu Muslim dan harus dilaksanakan selama 30...

Netizen Pertikai Gelaran Datuk...

DUNIA maya hari ini dihebohkan dengan berita mengenai pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang...

Adenan: Malaysia Payung Besar...

KUCHING - "Tidak perlu keluar Malaysia...ini adalah percakapan bodoh. Lebih kuasa kepada Sarawak...ya,...

Cari Kontak Rapat Wanita Mengandung Rentas Negeri

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengesan kontak rapat wanita mengandung dari Kuala Krai, Kelantan yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan akan mengenal pasti sama ada wanita itu mendapat jangkitan di kawasan zon merah atau sebaliknya.

Beliau berkata, wanita berusia 30-an dikatakan dari Ampang, Kuala Lumpur ke Kampung Sungai Durian, Kuala Krai pada 15 Mei lalu untuk bersalin di sana.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Bagaimanapun, katanya, apabila ujian saringan dijalankan, wanita itu didapati positif Covid-19.

“Sekarang ini, wanita itu telah diasingkan dan diberi rawatan. Apa yang pasti kita sedang menjalankan dan tindakan seterusnya untuk kenal pasti kontak rapat.

“Kita akan melihat kepada sama ada jangkitan yang itu didapati di kawasan zon merah, jadi kita menjalankan siasatan dan bila kita dah ada keputusan, ia akan dimaklumkan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Kategori