ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 6,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 290,000 kes.
Menurut statistik Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Amerika Syarikat kekal sebagai negara yang merekodkan kematian tertinggi melepasi 81,000 kes.
United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga, masing-masing mencatatkan 32,000 dan 30,000 kes.
Manakala negara keempat dan kelima adalah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 26,000 kes.
Negara lain merekodkan angka maut akibat COVID-19 di bawah 13,000 kes. – Agensi