Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki 57 Tahun Korban...

KUALA TERENGGANU - Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan di negeri ini, korban...

10 Skim Pelaburan Ini...

Jangan mudah terpedaya dengan gambar-gambar longgokan wang ringgit, kereta mewah yang mempesona. Hati-hati jangan sampai tersontot!

Singapura Tambah Duit Bonus...

SINGAPURA – Dalam usaha drastik untuk mengatasi masalah serius kekurangan penduduk, pemerintah pada...

Arab Saudi Dilanda Salji...

RIYADH : Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak...

COVID-19: Maksimum 17 Pelajar Dalam Satu Kelas

KUALA LUMPUR – Satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum antara 16 dan 17 pelajar pada satu-satu masa, sebaik saja sesi persekolahan dibuka semula kelak.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata kementerian itu sudah pun membuat percubaan di lapangan bagi menentukan jumlah pelajar yang wajar dalam satu kelas berdasarkan keluasannya, supaya penjarakan sosial dapat dilaksanakan untuk mengelak penularan COVID-19.

Mohd Radzi berkata, ia adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan sekolah pasca COVID-19 yang akan diperincikan pihaknya, nanti.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kalau dulu dalam kelas ada 35 orang tapi dalam keadaan baharu ini, tidak boleh ramai. Dalam konteks penjarakan sosial ini, paling ramai adalah 16 ke 17 orang dan bagi sekolah yang mempunyai kelas yang besar, jumlah pelajar boleh mencecah 20 orang.

“Ini bermakna, jumlah pelajar dalam kelas sebelum ini perlu dipecah dua. Selain itu, kita perlu melihat bagaimana nak jalankan pengajaran dalam dua kelas ini atau kelas dalam ruang kecil perlu dibawa ke dewan yang lebih besar sebagai contoh.

“Justeru, kementerian sudah ada beberapa opsyen yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan selepas COVID-19 reda dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, pelajar dapat kembali ke sekolah tanpa kita kompromi keselamatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas dalam program “Soal Rakyat” yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Memberi contoh lain, Mohd Radzi berkata, SOP di kantin juga akan diperketatkan dengan memastikan ia tidak sesak seperti kebiasaan yang mendedahkan lebih risiko jangkitan.


“Apa yang akan dilaksanakan adalah makanan akan dibungkus dan sebagainya. Kita ada garis panduan makan di kantin yang akan turut membabitkan bila dan di mana pelajar akan makan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan memastikan SOP itu dapat dipatuhi sepenuhnya melalui pembukaan sesi pembelajaran kepada pelajar kelas peperiksaan iaitu Tingkatan Lima dan Enam terlebih dahulu, sebelum dibuka kepada tahap lain.

Bagaimanapun, Mohd Radzi mengakui, pelaksanaan SOP itu kelak akan menjadi cabaran kepada guru untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi kebiasaan baharu dan SOP berkenaan dipatuhi.

“Selain itu, guru juga perlu melihat kembali perkembangan pembelajaran secara dalam talian yang dilaksanakan sebelum ini, bagaimana pencapaian pelajar dan setakat mana silibus yang dapat diselesaikan.

“Jadi, banyak perkara yang perlu dilaksanakan guru pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan cabaran kepada guru adalah untuk melihat garis asas dan bagaimana ia boleh ditambah baik untuk memastikan pelajar dapat terus dipacu ke hadapan,” katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan juga akan memberi tumpuan kepada keperluan untuk pelajar memiliki peranti digital terutama komputer atau tablet supaya pembelajaran di rumah tidak terhenti, sebaliknya dapat diteruskan dengan lebih berkesan. – BH Online

Kategori