Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Surat Kontrak RM10 Juta...

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr. Chong Fat Full...

FIC: Pejabat Pengerusi SPAD...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat pemeriksaan di...

Peneroka Maut Terkena Tembakan

KUANTAN - Seorang peneroka maut dipercayai akibat terkena tembakan di dada dalam kejadian...

Akui Kesilapan Besar, Zuckerberg...

WASHINGTON - Ketua Eksekutif Facebook Inc., Mark Zuckerberg, memohon maaf kepada Kongres dan...

Dewan Rakyat Tak Bersidang Selepas Titah Ucapan Agong

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada majlis perasmian mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14, Isnin ini.

Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, dalam satu kenyataan, hari ini, membabitkan pindaan baharu terhadap aturan mesyuarat di Parlimen.

“Saya sudah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai ketua majlis, bahawa disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya, pihak kerajaan memutuskan majlis mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14 yang berlangsung selama sehari pada 18 Mei dipinda,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan, ada tiga usul akan dibawa pada persidangan Isnin ini, iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020, usul pelantikan Ketua Pembangkang, dan pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mohamad Arif berkata, pindaan yang dibuat adalah selaras dengan peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Justeru, Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, akan menyusul dengan mengeluarkan notis baharu majlis persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14 kepada semua ahli dewan,” katanya. – BH Online

Kategori