KERAJAAN tidak bercadang memberi kelonggaran kepada individu bujang merentas negeri bertemu ahli keluarga di kampung halaman buat masa ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi tiada pengecualian golongan itu masih tertakluk di bawah operasi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika ini.
“Kita benarkan keluarga terpisah itu berdasarkan kemanusiaan, kita faham anak hampir dua bulan tidak jumpa ibu atau bapa akibat peraturan kita untuk tidak benarkan rentas negeri.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Jadi rentas negeri ini masih diteruskan, selagi tiada pengecualian kepada sesiapa maka mereka masih tertakluk kepada peraturan yang tidak di benarkan rentas negeri walaupun orang bujang.
“Saya tahu ramai orang bujang beritahu dia pun rindu dekat mak dia sabar sikit…sabar dulu.
“InsyaAllah kalau sampai masanya ada kelonggaran kita longgarlah tetapi setakat hari ini tiada kelonggaran lagi jadi mereka mestilah patuh kepada peraturan sedang dilaksanakan hari ini,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan individu bujang merentas negeri seperti mana kebenaran diberikan kepada suami isteri yang tinggal berjauhan.
Sementara itu, mengulas dakwaan warganet yang berkongsi pengalaman tidak ditahan pihak berkuasa semasa merentas negeri, Ismail Sabri mengingatkan rakyat yang tiada pengecualian dan kebenaran merentas negeri perlu kekal mematuhi peraturan.
“Yang dibenar hanya empat hari melalui aplikasi Gerak Malaysia selepas itu balik kepada normal tidak boleh (rentas negeri) kecuali dengan kebenaran polis.
“Maknanya, mereka yang tiada kebenaran boleh diambil tindakan dan dihukum di bawah 342 atau dikompaun atau didakwa di mahkamah.
“(Kalau ada) yang curi-curi itu saya tidak tahu kadang mungkin provokasi saja tetapi kalau betul ambil gambar mereka untuk kita ambil tindakan,” katanya.