Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Serah Sijil...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyerahkan sijil Badal Haji kepada...

Turki Tembak Jatuh Pesawat...

ANKARA (TURKI) - Media Turki melaporkan pesawat tempur Turki F-16 telah berjaya menembak...

Dua Beradik Ditemui Lemas...

KUALA LUMPUR - Dua beradik lelaki lemas ketika mandi di Sungai Balak, di...

Khairy Jamaluddin Dedah Maklumat...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman mengenai...

‘Hotspot Tracker’ Kesan Kes Positif COVID-19 Radius 1km

PUTRAJAYA – Rakyat boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan tertentu menggunakan ‘Hotspot Tracker’ menerusi aplikasi MySejahtera.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia bagi membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko.

Pada sama sama, katanya, rakyat disaran tidak melakukan perjalanan tidak perlu (non-essential travel) ke kawasan yang mempunyai risiko jangkitan COVID-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Aplikasi ini boleh dijadikan panduan kepada setiap pengguna dalam membuat keputusan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ini sejajar dengan pemerkasaan diri individu dan rakyat dalam membiasakan diri dalam kelaziman baharu kehidupan seharian.

“Masyarakat perlu jaga diri, keluarga dan komuniti sekeliling mereka bagi memastikan ianya bebas COVID-19.


“Bagi yang belum memuat turun aplikasi MySejahtera, boleh berbuat demikian untuk menggunakan fungsi penting, termasuk penilaian kendiri kesihatan selain mengakses maklumat terkini daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Kategori