PUTRAJAYA – Celoteh yang bersahaja dengan disulami nasihat yang berguna sentiasa menjadi ingatan orang ramai kepada pendakwah Datuk Ismail Kamus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kehadiran Allahyarham sentiasa dinantikan umat Islam setiap kali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1.
Menurut beliau, kali terakhir bersama Allahyarham adalah pada 17 Disember tahun lalu ketika mereka makan bersama.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Walaupun kelihatan uzur, arwah tetap bersemangat menggagahkan diri untuk bersama pada malam itu.
“Kita kehilangan seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah dan semoga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga Allahyarham,” kata dalam kenyataan di Facebook.
Ismail disahkan meninggal dunia di rumahnya di Ampang, Selangor, jam 12.29 tengah malam tadi.
Semalam, arwah dibawa pulang ke rumahnya dari Hospital Ampang.
Zulkifli berkata, Ismail tetap akan menjadi nostalgia berdasarkan ceramah agamanya di era 80-an dan 90-an.
Katanya ceramah dan nasihat arwah menarik pelbagai lapisan masyarakat sama ada di televisyen mahupun koleksi kasetnya yang banyak terjual. – BH Online