Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rafizi Berang Temberang Terdedah...

KUALA LUMPUR - Pakar propaganda, Rafizi Ramli berang kerana jumlah wang simpanan beliau...

AirAsia Pindah Operasi Ke...

KUALA LUMPUR - Kumpulan AirAsia akan memindahkan operasinya di Yangon, Myanmar ke Terminal...

Lelaki Didakwa Jumaat Ini...

MELBOURNE - Seorang lelaki akan didakwa di Sydney pada Jumaat ini kerana membunuh...

DUN Negeri Sembilan Lulus...

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan...

Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik Tak Menentu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli-ahli politik agar jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu.

Menegaskan bahawa rakyat yang ketika ini berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat wabak COVID-19, Seri Paduka bertitah rakyat tidak perlu disogok dengan api permusuhan dan perpecahan.

“Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik. Ini termasuklah menjiwai keluh kesah rakyat, membela nasib rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik yang bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa mahupun kedaulatan serta kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Kerana itulah kerajaan Beta juga telah memutuskan Majlis Mesyuarat pertama yang berlangsung hari ini hanya mempunyai satu urusan majlis sahaja iaitu titah Beta sempena pembukaan Penggal Parlimen yang baharu ini,” titah Al-Sultan Abdullah, dan disambut dengan tepukan gemuruh Ahli Parlimen dan Senator yang hadir.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dalam Titah Diraja semasa merasmikan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini, Seri Paduka bertitah ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan dan caci mencaci, sebaliknya menjadikannya untuk membangun dan menyatupadukan negara.

Bagi rakyat jelata, mereka pula hendaklah memberi kerjasama kepada kerajaan untuk membolehkan kesinambungan usaha pembangunan negara diteruskan, titah Seri Paduka.

“Beta yakin hanya melalui kesepaduan antara rakyat dengan kerajaan sahaja yang mampu melahirkan Malaysia yang stabil, aman dan sejahtera,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Memperjelas rentetan kemelut politik negara yang berlaku pada Februari, Al-Sultan Abdullah bertitah pelantikan Perdana Menteri kelapan dibuat selepas parti-parti politik diberi masa yang mencukupi untuk membuat perhitungan secara demokrasi bagi menamakan calon masing-masing.

“Sekitar jam 5 petang pada 24 Februari, Beta telah berkenan menerima menghadap Yang Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam pertemuan itu, Beta telah meminta Tun Dr Mahathir untuk tidak meletak jawatan (sebagai perdana menteri). Namun beliau tetap dengan keputusannya.”  

Menegaskan bahawa krisis politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan, Yang di-Pertuan Agong bertitah baginda bertanggungjawab melantik seorang Perdana Menteri yang baharu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lantaran itu, Seri Paduka mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka disusuli dengan parti-parti yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat diminta mencalonkan nama seorang Ahli Dewan sebagai bakal perdana menteri.

“Perkara 43 memberi kuasa budi bicara kepada Beta untuk melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Beta mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.


“Lantaran itu setelah melalui semua proses tersebut dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Beta telah mendapati Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan demikian selayaknya dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Sesungguhnya Beta telah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah menasihati kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin agar melaksanakan amanah yang diberi dengan jujur dan penuh tanggungjawab serta jangan sesekali mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Kepada kerajaan Beta di bawah kepimpinan Memanda Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin, Beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan.

“Nasihat Beta, laksanakan lah amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab, serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata,” titah Seri Paduka.

Mengenai perpaduan masyarakat majmuk negara ini, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kebimbangan mengenai polarisasi kaum yang masih wujud dan mahu semua kaum menunjukkan sikap dan teladan yang jujur untuk mengeratkan hubungan.

Titah Seri Paduka, sebarang bentuk provokasi dan fahaman serta nilai yang bertentangan dengan norma, adat dan undang-undang negara biarpun dilakukan hanya segelintir pihak perlu dibendung sebelum merebak dan menjadi barah kepada kestabilan negara.

“Beta menyambut baik pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara bagi memastikan agenda perpaduan nasional dapat diterapkan secara menyeluruh menerusi elemen-elemen kepercayaan dan jati diri yang teguh berlandaskan kepada prinisip Rukun Negara.”  

Al-Sultan Abdullah menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahankan dan pada masa sama penganut agama lain bebas mengamalkan hak-hak dan agama mereka secara berhemah dan aman.

Kategori