Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Harga Petrol Naik Sikit,...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Saham Asia Susut

SHANGHAI - Saham Asia dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) susut pada hari...

Orang Ramai Biarkan Lelaki...

KRISIS wang tunai yang melanda negara India memberikan impak kepada rakyatnya sehingga tiada...

Laporan PAC Buktikan Fitnah...

PUTRAJAYA - Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Kementerian Kesihatan Buat Laporan Polis

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang mendakwa lima pegawai menteri dan kementerian itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya berhubung fitnah di beberapa akaun Facebook termasuk di akaun “Teuku Shafiz Rullah”, “STEADYAKU47” dan akaun twitter “Fadzilah Mamat@fadzilahmamat”.

Menurutnya, hantaran Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian.

Hantaran itu antara lain mendakwa “Menteri Kesihatan juga terlibat” dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperoleh kontrak RM30 juta, menurut kenyataan itu.

“Kementerian Kesihatan melahirkan rasa kesal terhadap fitnah tersebut,” kata kementerian itu, sambil berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.

Kategori