Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Tidur Mati Sampai...

SEREMBAN - Seorang pemandu teksi mengalami situasi cemas apabila penumpangnya yang tertidur tidak...

Aswara Dinaik Taraf Jadi...

KUALA LUMPUR - Ikon seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai Tokoh...

Ronaldo Didakwa Rogol Model,...

POLIS Las Vegas membuka semula siasatan terhadap dakwaan mengenai Cristiano Ronaldo merogol seorang...

443,541 OKU Berdaftar JKM...

PETALING JAYA - Seramai 443,541 orang kelainan upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan...

Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam Akan Dikaji

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan membentangkan cadangan menangani masalah kenaikan tambang pengangkutan awam ekoran pengurangan separuh kapasiti penumpang seperti ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata cadangan itu akan dibentangkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada mesyuarat jawatankuasa khas menteri dalam tempoh terdekat ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERAā€¦ KLIK

“Ada rungutan daripada pengusaha kenderaan awam kerana mereka terpaksa mengurangkan separuh daripada kapasiti penumpang sebenar dan ini menyebabkan berlakunya kenaikan harga tambang.

“Malah pengangkutan udara juga yang kita difahamkan tambang ke London untuk kelas ekonomi mencecah RM8,000 walaupun sebelum ini (harga tambang) kurang daripada itu.

“Kementerian Pengangkutan akan melihat perkara ini supaya tidak ada kerugian daripada pengusaha pengangkutan awam dan kementerian juga akan membentangkan cadangan mereka (untuk tangani kenaikan harga) pada mesyuarat nanti,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya dekat sini, hari ini. – BH Online

Kategori