Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Twitter Katy Digodam, Hantar...

AKAUN laman sosial Twitter Katy Perry yang memiliki sebanyak 89 juta pengikut dilaporkan...

China Didakwa Cuba Ambil...

SINGAPURA : Seorang jeneral Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa China berkemungkinan mengambil...

Kemalangan 2 Beradik Maut...

KUANTAN - Dua beradik maut selepas kenderaan jenis Toyota Innova yang dinaiki bersama...

Badi Juara Jerman Aib...

APA lagi boleh dikatakan. Nampaknya badi juara terus 'melekat' sekali gus menjadikan empat...

Khidmat Gunting Rambut Masih Tak Dibenarkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum membenarkan perkhidmatan gunting rambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu belum diputuskan walaupun sektor perkhidmatan itu ada membuat permohonan kelonggaran untuk kembali beroperasi.

“Saya tahu menjelang hari raya ini, perkhidmatan gunting rambut ini mendapat permintaan yang tinggi. Namun, sehingga kini kita masih tidak benarkan ia beroperasi,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan beliau ada menerima permohonan daripada persatuan dan pengusaha perkhidmatan gunting rambut yang turut menyatakan komitmen akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, setakat ini mesyuarat khas menteri belum membincangkan perkara itu dan kekal dengan keputusan sebelum ini masih tidak membenarkan ia beroperasi.

Kategori