Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Konsultan Wanita Perdaya Pakej...

KUALA LUMPUR - Seorang konsultan wanita di sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah...

Mahkamah Tolak Permohonan Yusoff...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini, menolak permohonan bekas pembantu penyelidik Datuk...

Lelaki Rentung Dalam Rumah...

BELURAN - Seorang lelaki ditemukan mati rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung...

PRU-14: N.Sembilan Serah Surat...

SEREMBAN - Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Mohamad Amin Ludin hari...

KKM Tamatkan Pemantauan 13 Kluster Covid-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengisytiharkan penamatan pemantauan terhadap 13 kluster akibat pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan, 13 kluster itu masing-masing membabitkan Seksyen 6 Bandar Baru Bangi, warga emas (pusat jagaan warga emas), Bandar Baru Bangi (majlis perkahwinan), Selayang (pasar harian), Rembau dan Tabligh Pakistan.

Selain itu, ia turut merangkumi kluster petugas kesihatan Sungai Buloh, Pekan, kilang Pasir Gudang, penduduk Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM), Tabligh Makassar Sabah, Pengerang dan Istana Negara.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kluster berkenaan diisytiharkan ‘tamat’ bermakna tiada lagi kes baharu dicatatkan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.

“Kriteria utama untuk menamatkan sesuatu kluster adalah tiada kes baharu selepas dua kali tempoh inkubasi yang mengambil masa selama 14 hari atau satu inkubasi iaitu 28 hari selepas tarikh gejala bagi kes yang terakhir atau tarikh positif COVID-19 jika kes terakhir tiada gejala,” katanya di sini, hari ini.


Menurut kenyataan itu, sebagai contoh, kluster A, tarikh positif kes terakhir (tiada gejala) dalam kluster tersebut ialah 1 April, ini bermakna jangkaan tamat bagi kluster A ialah 29 April.

Dalam hal ini, tempoh antara 1 hingga 29 April adalah bersamaan 28 hari.

Kategori