Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Malaysia Kesal Silap...

PUTRAJAYA - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, bagi pihak Kerajaan Malaysia, memohon maaf...

Testimoni Produk Ni Kantoi...

NAK menjalankan sesuatu perniagaan itu mestilah jujur dan beretika, barulah perniagaan yang kita...

MyLegendPRamlee #WayangPacakEstet

APA yang anda kenang tentang P. Ramlee? Aidil Fitri tahun ini - genap 43...

Azmin Nafi Komposisi Exco...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali menafikan komposisi...

Kluster Baharu Tapak Pembinaan Kuala Lumpur

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu iaitu di tapak pembinaan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas 28 kes positif wabak koronavirus (Covid-19) dikesan di kawasan itu.

Menurutnya, KKM masih meneliti punca berlakunya kluster baharu itu dan tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan kluster sedia ada.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Mungkin ada berkaitan kluster perhimpunan Seri Petaling dan ada juga yang berkaitan dengan kluster pasar borong sebab ada rakan mereka kerja di pasar borong terbabit.

“Ada juga dikaitkan dengan kluster Kampong Bharu. Jadi siasatan masih dijalankan boleh kira kaitkan dengan kluster lain.


“Setakat ini kita tidak dapat bukti yang kukuh untuk kaitkan dengan kluster pasar borong atau Kampong Bharu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kesemua kes positif yang dikesan itu melibatkan bukan warganegara Malaysia. – Sinar Harian

Kategori