Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Himpunan #KitaLawan, Dari Sogo...

Walaupun dilanda gerimis, para penyokong perhimpunan 'Bebaskan Anwar' sanggup berarak dalam hujan menuju...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Mangsa banjir di Pahang kekal 26 orang yang ditempatkan di pusat...

Jangan Pertaruh Masa Depan...

JERLUN - Rakyat dinasihat agar tidak mempertaruhkan masa depan negara hanya kerana bersimpati...

4,000 Sukarelawan Bina 15...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 4,000 sukarelawan akan membantu membina semula 15 rumah...

Larangan Bawa Anak Ke Pusat Beli-Belah Belum Muktamad

PUTRAJAYA – Kerajaan belum membuat keputusan mengenai penguatkuasaan melarang ibu bapa membawa anak ke pusat beli-belah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi tadi dengan mempertimbangkan beberapa implikasi lain.

Setakat ini, menurutnya, tiada prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan ditetapkan, namun beliau dan Ketua Pengarah Kesihatan pada setiap hari menasihatkan ibu bapa supaya tidak berbuat demikian.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kita bincang tadi ada beberapa implikasi lain yang kita pertimbangkan, sebab itu kita tidak putuskan tadi.

“Sebagai contoh, ada ibu tunggal yang mempunyai anak kecil. Kalau mereka dihalang bawa anak ke pusat membeli-belah dan jika bawa, mereka akan dikenakan kompaun. Jadi di mana mereka hendak tinggalkan anak mereka?

“Kalau dikunci di dalam rumah, apa-apa sahaja boleh berlaku pada anak mereka. Kalau tinggal di dalam kereta, takut ada kes kematian pula. Jadi banyak pertimbangan juga yang kita perincikan tadi, beberapa isu,” katanya pada sidang media harian PKPB di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan perbincangan lanjut secara terperinci mengenai perkara tersebut.


Berhubung saranan kepada rakyat agar tidak menziarahi kubur pada hari raya, Ismail berkata, saranan daripada Ketua Pengarah Kesihatan itu adalah berbentuk nasihat.

“Walau bagaimanapun, saya tidak tahu sama ada akan keluar SOP atau tidak kerana tidak dibincangkan tadi.

“Tapi MKN dan KKM boleh sentiasa membincangkan kalau mereka mahu keluarkan SOP, mungkin boleh maklumkan kepada kita.

“Tapi setakat ini adalah nasihat. Saya percaya kawalan kendiri itu lebih penting. Tidak perlu setiap masa kita membuat peraturan dan undang-undang,” katanya.

Kategori