Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Nik Abduh Sindir Penyokong...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyindir...

AirAsia X Tubuh Jawatankuasa...

KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd. menubuhkan jawatankuasa lembaga pengarah yang terdiri daripada...

Pembantu Klinik Di Kota...

KOTA TINGGI - Seorang wanita berusia 21 tahun yang baharu memulakan kerja sebagai...

Sudah Merokok Seawal 10...

PETALING JAYA - Tinjauan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan dalam setiap lima pelajar,...

Long Tiger Ditahan Semula Atas Kes Baru

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) Johor mengesahkan menahan semula individu digelar Long Tiger bersabit kes baru dilaporkan di Tangkak semalam yang membabitkan elemen pemerasan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, permohonan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia sudah ditolak oleh Majistret Mahkamah Muar semalam.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, dia boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

“Permohonan reman dibuat mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Majistret membenarkan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 5 Mei,” katanya pada kenyataan hari ini.


Beliau berkata, tahanan reman suspek adalah diperlukan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut dan mengenal pasti sejauh mana pembabitan suspek dalam kes itu.

“Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih di peringkat siasatan.

“Tindakan yang diambil oleh pihak polis adalah mengikut peruntukan undang-undang demi keadilan semua pihak,” katanya. – myMetro Online

Kategori