KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan Datuk Shazmi Miah sebagai Setiausaha Kerja parti itu yang baharu.
Dr Mahathir juga mengumumkan Kapten Muhammad Suhaimi Yahya dilucutkan dari jawatan Setiausaha Kerja Bersatu yang disandangnya sebelum ini.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat Bersatu hari ini, Dr Mahathir berkata keputusan menggugurkan Muhammad Suhaimi dibuat kerana beliau telah menjangkaui kuasa yang ada padanya.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Memandang bahawa Setiausaha Kerja ini sudah exceed dia punya powers, saya buat keputusan untuk lucut jawatan Setiausaha Kerja ini, so sekarang ini Kapten Suhaimi bukan lagi setiausaha kerja, dia tidak hak untuk tulis surat apa semua sebagai Setiausaha Kerja atau guna kertas parti Bersatu.
“Dan saya melantik orang lain untuk jawatan Setiausaha Kerja iaitu Datuk Shazmi Miah daripada Kelantan,” katanya.
Pada Khamis, Dr Mahathir digugurkan sebagai ahli Bersatu bersama lima lagi ahli parlimen parti itu.
Pengguguran lima wakil rakyat Bersatu itu dimaklumkan oleh Muhammad Suhaimi menerusi surat kepada mereka. – Astro AWANI