KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya ditempatkan di kerusi blok pembangkang di dalam Dewan Rakyat.
Permintaan itu dibuat Dr Mahathir menerusi satu surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan bertarikh 15 Mei.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Saya memaklumkan kedudukan kerusi saya di Parlimen adalah di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN),” menurut kandungan surat itu yang dikongsi Takiyuddin di Twitternya sebentar tadi.
Sementara itu, Takiyuddin dalam Twitter sama turut menjelaskan setiap Ahli Parlimen akan ditempatkan di blok yang dipintanya, sama ada kerajaan atau sebaliknya.
“Hal dengan parti adalah urusan dalaman parti dengan ahlinya,” katanya dipercayai merujuk isu surat pengguguran ahli lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang tular sejak semalam. – BH Online