Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

6 Penuntut UPNM Mengaku...

KUALA LUMPUR - Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah...

Reka Bentuk Punca Terminal...

SINGAPURA - Di sebalik gah sebagai negara maju, Singapura mendapat aib apabila Terminal...

Ayam Gergasi Buat Netizen...

KLIP video seekor ayam gergasi menggemparkan pengguna laman sesawang kerana memiliki saiz yang...

Lelaki Cedera Disamun, 10...

SUNGAI PETANI - Polis menahan 10 suspek selepas menerima laporan seorang lelaki berusia...

Muhyiddin Ucap Takziah Kematian Koperal Safwan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Mohamad Ismail yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika bertugas mengawal sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, awal pagi tadi.

Muhyiddin menerusi Facebook, menzahirkan rasa sedih dengan berita berkenaan dan menganggapnya satu kehilangan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan takziah kepada kepada keluarga Allahyarham dan PDRM. Saya berharap tragedi ini tidak mematahkan semangat anggota PDRM dan frontliners (barisan hadapan) yang lain dalam menjalankan tugas.

“Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya sambil turut menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Dalam kejadian 2.11 pagi itu, Allahyarham Safwan 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas dirempuh oleh sebuah pikap disyaki dipandu oleh pemandu mabuk berhampiran di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS di Kajang.

Susulan rempuhan itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit turut terbalik dan menghempap mangsa yang ketika itu bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 berhampiran plaza berkenaan. 

Kategori