“SAYA sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat.”
Itu ciapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Twitternya dipercayai berkaitan isu pemecatan sebagai ahli Bersatu, semalam.
Selain Dr Mahathir, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, jam 3.30 petang tadi.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Dr Mahathir dipercayai datang ke Ibu Pejabat Bersatu untuk berdepan dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijadual mengadakan sidang media di lokasi sama jam 4 petang.
Sementara itu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui di perkarangan bangunan Yayasan Selangor enggan mengulas lanjut.
Petugas media masih menunggu perkembangan terkini berhubung sidang media berkenaan selain berusaha mendapatkan Dr Mahathir. – myMetro Online