“APA yang penting adalah kepatuhan kita kepada prosedur operasi standard (SOP), bukan angka 20,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, angka itu relatif, tetapi kepatuhan orang ramai kepada SOP melawan Covid-19 dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah paling penting dalam aktiviti kunjung-mengunjung ketika sambutan Aidilfitri.
“Kita pernah berbincang mengenai angka 20 (orang) itu. Tindakan kita sekarang ini adalah kepatuhan kepada SOP, bukan angka.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Kita maksudkan 20 orang ialah ahli keluarga dalam satu rumah, mungkin ada ahli keluarga 10 orang atau 15 orang. Kalau rumah besar 20 orang itu dapat mematuhi penjarakan sosial, jika 20 orang di apartment kecil memang tak ada penjarakan sosial.
“Apa yang penting ialah penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, kerap cuci tangan dan pakai mask (pelitup muka) serta elakkan perhimpunan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kunjung-mengunjung antara ahli keluarga terbabit kemungkinan dapat mengawal penularan, namun apa yang dibimbangi adalah rentas negeri yang boleh menyebabkan penularan jangkitan Covid-19.
“Kita risau jika mereka kembali dari luar dan kemungkinan bawa penyakit. Contoh dari zon merah pulang ke kampung berjumpa ibu bapa sudah berusia, ada kebarangkalian dapat jangkitan daripada anak mereka.
“Justeru, semua masyarakat perlu mematuhi SOP ditetapkan KKM dan golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan bayi wajar dilindungi,” katanya. – myMetro Online