Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Daerah Jutawan Enggan Terima...

GENEVA — Sebuah daerah desa superkaya di Switzerland menolak untuk menampung 10 pelarian asing malah...

Chargerito: Pengecas Peranti Terkecil

Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United pernah mempunyai seorang pemain bola sepak ternama...

Ashraf Muslim Nasihatkan Isteri...

HAI, dah kenapa pula aktor Ashraf Muslim membuat keputusan enggan membenarkan kedua-dua isterinya,...

Nasi Rasa Aneh, Beras...

JAKARTA - Ketika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia memantau ketat...

Patuhi SOP, Jangan Dedah Diri Risiko Jangkitan Covid-19

KUALA LUMPUR – Semalam, hampir sebahagian besar sektor ekonomi kembali beroperasi selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu.

Selari dengan perkembangan itu, bilangan kenderaan di jalan raya kembali meningkat termasuk di ibu negara yang bertambah 30 peratus dengan ramai yang kembali bekerja selepas ‘bercuti lama’ di rumah dek penangan wabak koronavirus (Covid-19).

Anehnya bukan hanya kenderaan, kelibat orang ramai termasuk di pasar awam dan pasar raya juga semakin bertambah, malah ada yang membawa anak-anak kecil, tanpa menghirau risiko jangkitan Covid-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Ada yang berbondong-bondong keluar, bagaikan negara sudah bebas daripada ancaman pandemik itu.

Walhal pakar perubatan menjangkakan virus itu akan berada dalam persekitaran kehidupan manusia selama dua tahun dan rakyat perlu terus berada di rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar.

Sudah berbuih rasanya mulut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahupun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berpesan setiap hari tentang perkara itu.

Memetik kata-kata Ismail Sabri pada Ahad lalu, rakyat Malaysia perlu melakukan kawalan kendiri dalam usaha mencegah penularan Covid-19 kerana perjuangan menentang Covid-19 iaitu musuh yang tidak kelihatan ini masih panjang.

Ia memerlukan usaha yang berterusan dan setiap individu perlu memainkan peranan untuk melindungi diri dan orang yang dikasihi manakala masyarakat perlu mengambil tanggungjawab sosial dan memainkan peranan masing-masing untuk mengamalkan norma kehidupan yang baharu ini.

Ketiadaan kelibat anggota penguat kuasa melakukan sekatan jalan raya Ops Covid-19 dan kebenaran melakukan perjalanan melebihi 10 kilometer bukannya satu lesen untuk orang ramai terus bergerak bebas sesuka hati.


Bersesak-sesak di tempat tumpuan umum hanya akan mendedahkan orang ramai kepada risiko jangkitan dan menyebabkan kes positif wabak Covid-19 kembali meningkat.

Disebabkan itu, seperti kata Dr Noor Hisham, terus patuhi SOP iaitu:

S: Syarat-syarat yang ditetapkan

O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

P: Penjarakan sosial diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya satu meter.

Selagi rakyat mematuhi perkara ini dan mengamalkan normal baharu dalam kehidupan seharian, rantaian penularan jangkitan Covid-19 akan dapat diputuskan.

Kategori