KERAJAAN mewajibkan pekerja asing di semua sektor menjalani saringan kesihatan Covid-19 iaitu ‘swab test’ untuk mencegah penularan wabak pandemik itu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia meliputi semua sektor, sama ada komersial, kilang, pembinaan, kedai makan dan sebagainya sebagai langkah pencengahan.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Dua hari berturut-turut kita dapati ada peningkatan kes Covid-19 ia didapati berlaku pada pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan di Ampang. Kementerian Kerja Raya sudah menutup tapak pembinaan itu.
“Pekerja asing diwajibkan melakukan swab test dengan kos ditanggung majikan,” katanya dalam mesyuarat harian di Putrajaya, hari ini.
Menurutnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk memulakan swab test ini Wilayah Persekutuan dan Selangor.
“Jadi untuk membendung penularan Covid-19 ini, kerajaan akan menutup dimana sahaja tempat berlakunya wabak ini dikalangan pekerja mereka.
“Tidak kira tapak pembinaan, kilang mahupun restoran ataupun apa apa perniagaan jika ada dikesan ia akan ditutup serta-merta,” katanya.