Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MH17: Waris Mahu Keadilan...

SEPANG - Waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak...

Kisah Pengantin Sanggup Masak...

"SAYA tidak kisah hanya memakai pakaian yang murah, asalkan makanan disediakan terbaik dan...

“Rasa-Rasanya Esok Boleh Bubar...

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pakatan Harapan sebagai...

Gambar Tidur Tersebar, 2...

SEJAK semalam, sekeping gambar memaparkan dua anggota dari Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth...

Pelajar, Belum Cukup Usia Punca Permohonan BPN Ditolak

KUALA LUMPUR – Pemohon berstatus pelajar dan tidak melepasi syarat kelayakan usia adalah antara alasan yang menyebabkan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN memaklumkan, terdapat 240,465 permohonan diterima daripada pelajar sepenuh masa sedangkan mereka tidak layak mendapat BPN, kerana layak mendapat RM200 menerusi bantuan pelajar institusi pengajian tinggi secara one-off.

Alasan lain yang menyebabkan permohonan BPN ditolak adalah semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM8,000 atau melebihi RM4,000 bagi individu bujang, serta status kahwin dengan maklumat yang sama.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Selain itu, permohonan juga ditolak kerana tidak layak disebabkan pemohon/pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

“Bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my,” kata LHDN dalam satu kenyataan.

Semalam, dalam perutusan khasnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.

Seramai 8.3 juta penerima akan menerima bantuan itu bagi fasa pertama dengan jumlah peruntukan RM9.3 bilion, manakala 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.

LHDN menjelaskan, kerajaan menerima banyak aduan mengenai permohonan yang ditolak termasuk daripada pemohon yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.


“Justeru, pemohon boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

“Rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN,” katanya.

LHDN memaklumkan, bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

“Untuk memastikan hanya mereka yang betul-betul layak saja menerima BPN, semakan data dibuat dengan amat teliti bagi mengelak sebarang penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN melalui portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.

Kategori