Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Ewon Tekad Bangkit Isu...

Kota Kinabalu : Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick akan memanfaatkan...

Lelaki Ini Jadi Popular...

SEKARANG ni nak jadi popular bukan suatu perkara yang sukar sekiranya anda seorang...

Gadis Maut Akibat Mencium...

Seorang gadis yang mengalami alahan kepada kacang meninggal dunia selepas mencium teman lelakinya...

Dituduh Hantar Sihir: Jaafar...

BACA : Isu Sihir.. Azwan Ali ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“HintƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ Artis Itu Pernah Main Buih Sabun SEBELUMƃā€šĆ‚Ā ini,...

Pelakon Tak Mengaku Pikat Isteri Orang

PELAKON drama Monalisa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan Isnin lalu.

Tertuduh, Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, memakai baju t shirt belang hitam kelabu membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memikat wanita yang diketahui isteri yang sah kepada seorang lelaki untuk melakukan persetubuhan dengannya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERAā€¦ KLIK

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Sering Ukay, Ampang jam 8 malam Isnin lalu.

Muhammad Shah Radhi didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa yang menawarkan wang jaminan RM6,000 terhadap tertuduh.

Sementara itu tertuduh yang diwakili peguam Harcharanjit Singh bagaimanapun meminta wang jaminan RM2,000 kerana tertuduh seorang artis dan mendapat liputan meluas yang tiada alasan untuk dia melarikan diri.


Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM2,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes 5 Ogos ini.

Sebelum ini, pelakon itu turut terbabit dalam drama Hero yang berkisar mengenai bomba.

Rabu lalu, Harian Metro melaporkan pelakon berusia 23 tahun berkenaan ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Suspek ditahan pada 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan. – myMetro Online

Kategori