Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Malaysia Terperangkap Cubaan...

RAKYAT Malaysia yang kebetulan sedang transit di Turki turut terkena tempias apabila terperangkap...

Mengaku Kalah Selepas 16...

Jangan ingat tugas sebagai seorang ibu adalah mudah. Ia terbukti apabila seorang bapa,...

Empat Rumah Rosak Dibadai...

ALOR SETAR - Empat rumah di Taman Wira Mergong rosak di bahagian bumbung...

Saya Tidak Gentar Dengan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau...

Pendekatan Ergonomik Ketika Bekerja Dari Rumah

DENGAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ini bermakna rakyat Malaysia telah bekerja dari rumah lebih daripada sebulan bagi memutuskan rantaian virus COVID-19.

Tanpa disedari tingkah laku dari aspek postur kerja dan penggunaan komputer riba, komputer meja atau telefon bimbit menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan yang terhasil secara kumulatif. Ketika fasa PKP ini, penggunaan komputer dan telefon bimbit menjadi pilihan utama untuk melakukan tugasan kerja.

Kebarangkalian bekerja dari rumah untuk mendapat masalah kesihatan secara kumulatif adalah sangat tinggi dan mengakibatkan gejala Musculoskeletal Disorders (MSDs).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Penyakit utama yang sering dialami akibat bekerja dari rumah yang tidak kondusif semasa PKP adalah seperti sakit otot pada anggota belakang badan, tengkuk, bahagian pinggang dan anggota tangan serta posisi duduk secara statik dalam waktu panjang. Kesan daripada kecederaan berkenaan memerlukan jangkamasa yang lama untuk pulih dan melibatkan kos perubatan yang tinggi.

Tanpa disedari, kesalahan yang sering dilakukan ketika menggunakan komputer adalah postur badan menghala kehadapan dengan kedudukan skrin komputer yang lebih rendah, postur tubuh membongkok kehadapan ketika menaip pada papan kekunci komputer yang jauh antara meja kerja, tekanan pada pergelangan tangan dibahagian tepi meja kerja dan posisi kaki tidak sepenuhnya menyentuh lantai atau tidak seimbang. 

Meskipun begitu, terdapat aktiviti lebih berisiko yang sering dilakukan dan diambil mudah oleh penguna seperti pengunaan telefon bimbit untuk melaksanakan tugasan kerja seperti membalas atau menjawab pesanan e-mail atau sebaliknya yang memperuntukkan masa yang panjang. 

Melalui wacana itu, beliau menyatakan bahawa setiap inci pergerakkan pada anggota leher sama ada membengkok kehadapan atau kebelakang akan menghasilkan tekanan antara 4.5kg -5kg. Pada kedudukan ini jika dilakukan berterusan secara ekstrem akan mengakibatkan kecederaan yang teruk dalam jangka waktu panjang.

Sehubungan itu, melalui pendekatan dalam bidang ergonomik dapat membantu mengurangkan dan meminimumkan potensi serta kecederaan pada anggota badan akibat daripada teknik bekerja dari rumah yang tidak betul. Beberapa langkah pencegahan yang mudah boleh dilakukan untuk mengatasi dan meminimumkan masalah kesihatan ketika berkerja dari rumah disaat menghadapi situasi pendemik COVID-19.

Langkah pertama dengan melaraskan ketinggian skrin komputer selari dengan aras anak mata pada kedudukan leher lurus kehadapan. Jarak antara skrin komputer dengan pandangan mata antara 45cm-70cm dan dapatkan rehat dalam 5 minit untuk setiap 25-30 minit bagi kerja dilaksanakan.

Teknik penggunaan papan kekunci komputer merupakan langkah kedua yang dikongsi dalam wacana intelektual itu. Ubah atau laraskan ketinggian papan kekunci komputer pada kedudukan anggota siku 90 darjah dan posisi bahu secara mendatar. 

Manakala, postur pergelangan tangan serta jari berada pada posisi lurus kehadapan tanpa sebarang tekanan atau membengkok. Gunakan tetikus mudah alih ketika menggunakan komputer riba dan pastikan ketinggian kedudukan komputer riba berada selari dengan aras mata dengan menggunakan kotak atau bekas yang mudah diperolehi dalam rumah.


Kedudukan postur kerja yang baik merupakan langkah ketiga dengan kedudukan bahu dalam rehat, posisi belakang badan disokong sepenuhnya oleh penyokong tempat duduk pada kedudukan 90-110 darjah kebelakang. Manakala anggota peha kaki pada kedudukan mendatar, bahagian siku disokong dengan tempat letak tangan kerusi dan kaki sepenuhnya menyentuh permukaan lantai atau disokong dengan alatan bantuan.

Langkah keempat adalah memegang telefon bimbit selari dengan ketinggian aras anak mata pada posisi kehadapan. Elakkan membengkokkan leher kebawah secara melampau dalam waktu yang lama sekiranya perlu menggunakan telefon bimbit untuk melakukan tugasan yang tidak dapat dielakkan dalam jangka waktu panjang.

Meskipun begitu, pendekatan melalui senaman sekiranya dijadikan sebagai rutin harian mampu membantu mempertingkatkan kualiti tahap kesihatan serta meminimumkan gejala musculoskeletal disorders. Oleh demikian, dengan melakukan senaman yang mudah dari rumah dapat memperbaiki struktur otot dan pengaliran darah akibat daripada postur kerja, penggunaan peralatan dan persekitaran yang tidak baik. 

Secara tuntasnya, adalah penting mengaplikasikan pendidikan ergonomik ketika ini disaat menghadapi pendemik COVID-19 yang secara tidak langsung mampu menjadi satu bencana yang tidak direncana sekiranya tidak diberikan perhatian diperingkat awal. 

Bencana yang dimaksudkan adalah produktiviti dan prestasi kerja akan menurun akibat ramai pekerja mengambil cuti sakit serta majikan terpaksa menanggung kos rawatan pemulihan. Tidak terkecuali perubahan emosi serta tingkah laku boleh berlaku setelah tamatnya PKP apabila kembali kepada persekitaran asal.

Dr. Irwan Syah Md Yusoff

Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, UPM

Bidang Kepakaran: Ergonomik – Keselamatan dan Kesihatan Pengguna, Kelestarian Rekabentuk Produk Pengguna

Kategori