KUALA LUMPUR – COVID-19 yang merebak dengan cepat menyebabkan masalah kesihatan awam dan gangguan kepada keseimbangan fiskal berikutan kerajaan berdepan dengan impak sosial dan ekonomi, menurut Institut Bank Pembangunan Asia (ADBI).
Pandemik itu turut mengancam kehidupan manusia khususnya kumpulan yang berisiko, dengan warga emas menjadi kumpulan paling terjejas, terutama mereka yang masih bekerja dalam sektor tidak formal, katanya dalam catatan di blog, Asian Pathways.
“Mereka dijangka menjadi lebih berisiko jika memerlukan penjagaan warga emas atau tinggal di pusat penjagaan. Pada masa sama, ini juga menunjukkan perbelanjaan penjagaan kesihatan akan meningkat dalam kalangan masyarakat yang berusia.
“Tidak wajar untuk menyatakan jangka hayat yang lebih lama akan meningkatkan kos daripada pandemik itu,” kata kumpulan pemikir Asia itu yang memberi tumpuan kepada mengenal pasti strategi pembangunan yang berkesan untuk Asia dan Pasifik.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Oleh itu, ADBI berkata, usaha untuk melindungi penduduk yang berusia dan mengekalkan kemampanan fiskal dalam menghadapi pandemik itu adalah perlu tetapi mencabar.
Ia menekankan perlindungan dan pencegahan serta protokol kawalan jangkitan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan warga emas, terutama mereka yang memerlukan penjagaan.
Malah, adalah penting untuk melengkapkan ahli keluarga dan penjaga dengan pengetahuan mengenai perkhidmatan kesihatan, sanitasi dan sokongan kemanusiaan.
Selain itu, menggalakkan penjagaan dan sokongan dalam kitaran hidup penting dengan melabur dalam perlindungan penjagaan kesihatan dan memperluas perlindungan pencen sosial dan skim perlindungan kepada kumpulan yang berusia.
“Pengajaran daripada pandemik ini untuk semua kerajaan ialah menjadi keperluan dan wajib menyediakan ruang fiskal yang diperlukan bagi menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” menurut ADBI.