Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Berjaya Jika...

KUALA LUMPUR - Prestasi dan komitmen pemain skuad kebangsaan akan jadi lebih mantap...

Suami Isteri Didakwa Rompak...

GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Jumlah Akauntan Bumiputera Dijangka...

SHAH ALAM - Jumlah akauntan bertauliah bumiputera dijangka meningkat 20 hingga 30 peratus...

Kedai Terbakar Ketika Pemilik...

BUTTERWORTH - Sebuah kedai runcit di Jalan Ong Yi How di sini terbakar...

Pesakit Tanpa Gejala Positif Covid-19 Di Selangor

SHAH ALAM – Seorang daripada 391 individu yang menjalani ujian saringan komuniti bersasar Covid-19 Selangor di Shah Alam 20 April lalu didapati positif koronavirus (Covid-19).

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan, pesakit itu dikesan tidak bergejala (asymptomatic).

“Saringan komuniti bersasar dijalankan sebagai satu pendekatan ‘Detect Early-Isolate Early-Treat Early’ bagi menurunkan kadar perebakan dan kadar kematian (mortality rate) ke tahap lebih rendah.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Sebanyak 391 sampel dapat diambil, daripada jumlah tersebut, satu didapati positif Covid-19 dan tidak bersimptom (asymptomatic),” menurut kenyataan itu.

STFC memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) turut terlibat dalam mesyuarat gerak kerja operasi tersebut dan bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP) yang bersadarkan kepada tatacara Kesihatan Kementerian Malaysia (KKM).

Menurut kenyataan itu, kit ujian yang digunakan adalah real time polymerase chain reaction (RT-PCR) seperti diluluskan oleh KKM.

Dalam pada itu, pada 28 April lalu, seramai 10 orang daripada 5,433 individu yang disaring dalam beberapa pemeriksaan komuniti bersasar di bawah Inisiatif Saringan Komuniti Covid-19 Kerajaan Selangor disahkan positif Covid-19.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lapan daripada 10 kes positif terbabit merupakan pesakit tidak bergejala (asymptomatic).

Pada 5 Mei lalu pula, tiga daripada 1,826 sampel yang disaring dalam beberapa pemeriksaan komuniti bersasar di Puchong, Shah Alam dan Rantau Panjang, Klang antara 18 April dan 19 April didapati positif.

Daripada jumlah tersebut, dua daripada pesakit dikesan tidak bergejala (asymptomatic).

Kerajaan Selangor melaksanakan pemeriksaan komuniti bersasar di kawasan zon merah bagi membantu usaha melandaikan keluk sekali gus memutuskan penularan rantaian Covid-19.

Kategori