SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Chini, Pahang pada 4 Julai 2020.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun, manakala tarikh mengundi awal pada 30 Jun.
SPR juga memastikan proses PRK DUN Chini selari dengan arahan kerajaan bagi kawalan pencegahan Covid-19, katanya.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Chini diserahkan kepada SPR, 8 Mei lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 7 Mei di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham menjadi ADUN Chini dalam Parlimen Pekan selama empat penggal berturut sejak Pilihanraya Umum-11 (PRU11).
Pada PRU-14 lalu, Allahyarham selaku calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dengan undi sebanyak 10,027.
Pada pertembungan itu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin (1,065).
Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob ketika itu.