Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Trafik Perlahan Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara dilapor...

TMJ Pertikai Pihak Perbesarkan...

JOHOR BAHRU - Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail...

Wanita Ini Boleh Ubah...

TANPA melakukan sebarang pembedahan dan suntikan, seorang wanita bernama Kandee Johnson nyata mempunyai magisnya...

Datuk 12 Cucu Jadi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melancarkan kempen...

Rakyat Terkandas Boleh Pulang Khamis Ini

PERGERAKAN pulang rakyat yang terkandas di kampung akan bermula 7 Mei dan berakhir 10 Mei ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 500,000 permohonan untuk pulang ke bandar dan bandar ke kampung.

“Kita akan membenarkan rakyat yang terkandas untuk pulang. Justeru PDRM akan sediakan jadual perjalanan mereka.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Pihak PDRM akan membuat kenyataan media untuk memberi penjelasan lebih lanjut mengenai jadual ini. Apa yang boleh saya maklumkan ialah perjalanan bermula Khamis ini iaitu 7 Mei dan berakhir 10 Mei,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Beliau berkata, kakitangan kerajaan tidak perlu tergesa-gesa balik hari ini atau esok walaupun pejabat dibuka Isnin kerana Ketua Setiausaha Negara (KSU) bersetuju mereka tidak perlu mula kerja pada Isnin.


“Mereka boleh balik ke tempat kerja pada hari ditetapkan PDRM. Contohnya mereka pulang pada Jumaat jadi boleh kerja Isnin.

“Sehubungan itu, saya memohon kerjasama syarikat swasta memberi ruang kepada pekerja untuk mulakan kerja berdasarkan jadual polis,” katanya. – myMetro Online

Kategori