Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sedih: Ummu Najwa Meninggal...

KOTA BHARU - Ummu Najwa Nasuha Mohd Zulkifli, 4, yang menghidap kanser rongga...

Jerebu Kembali Menyelubungi Miri

MIRI - Seperti diramalkan, jerebu kembali menyelubungi Bandaraya Miri berikutan kebakaran 80 hektar...

Operasi Petugas Kaunter DQI...

PENGURUSAN Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) mengumumkan penempatan petugas kaunter di bahagian...

Peniaga Cedera, Seorang Daripada...

Kota Bharu : Peniaga kedai runcit cedera selepas diragut dua lelaki di di...

Remaja Lelaki Ditahan Kes Lempar Bayi Dari Flat

BAYAN LEPAS – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis malam tadi, bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dicampak dari tingkat empat sebuah flat dekat Bayan Baru di sini, dua hari lalu.

Suspek yang juga teman lelaki kepada ibu bayi terbabit, ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Bayan Baru pada jam 8.40 malam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja terbabit.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai, mengaku mengenali remaja wanita berkenaan sebagai kekasihnya.

“Siasatan mendapati lelaki itu berasal dari Kampung Padang Bekuai, Selarong, Pengkalan Hulu, Perak dan kini menetap di Bayan Lepas, dekat sini.

“Saringan kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Anbalagan berkata, siasatan lanjut akan dijalankan selepas pihaknya memperoleh permohonan reman dari mahkamah.


Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 8 pagi pada Rabu lalu, bayi berkenaan ditemui penghuni flat selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah.

Ibu bayi itu yang juga pembantu kedai berusia 18 tahun itu mengaku melahirkan bayi pada 7 pagi di dalam tandas rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga.

Suspek mendakwa membuang bayinya dari tingkat empat rumah selepas panik dan mengelak diketahui ahli keluarga.

Selain kecederaan pada otak, bayi malang itu turut dilaporkan mengalami retak tempurung kepala dan kecederaan pada hati. – BH Online

Kategori