Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Isa Samad Bayar Jaminan...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang...

BN Sarawak Perlu Bincang...

KUCHING - Keempat-empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu duduk semeja untuk...

ERC Cadang Tarikh PRU...

KUALA LUMPUR - Cadangan supaya tarikh pilihan raya umum seterusnya diumumkan lebih awal...

Tak Memilih Watak, Asal...

SAIZ fizikal seseorang adakalanya tiada kena-mengena dengan usianya; ada yang bertubuh kecil tapi...

Siasat Punca Dua Penuntut Positif Di Sabah

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan Covid-19 membabitkan dua penuntut universiti awam di Sabah, yang baru pulang dari semenanjung.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, kedua-dua penuntut terbabit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

“Apa perlu dilaksanakan ketika ini adalah pengesanan kes aktif apabila KKM menjalankan siasatan punca jangkitan itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kita sudah mengenal pasti universiti berkenaan dan menjalankan saringan ke atas (kakitangan) universiti itu.

“Walaupun mereka (penuntut) dikuarantin selama empat minggu, tetapi ada pendedahan dengan pekerja universiti. Pekerja terbabit keluar masuk universiti dan besar kemungkinan ada pendedahan (Covid-19),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.


Pada Isnin lalu, Sabah mencatatkan peningkatan mendadak kes baharu positif Covid-19 dengan 10 kes dan dua daripadanya adalah penuntut universiti yang tiba dari Semenanjung.

Seramai 1,048 penuntut kembali ke kampung masing-masing di Sabah manakala Sabah pula menghantar pulang 1,612 penuntut ke Semenanjung, Labuan dan Sarawak. – myMetro Online

Kategori