KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk tindakan susulan kerana keahlian mereka sudah tergugur.
Empat yang lain ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas kepadanya.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
Hamzah berkata, Megat Najmuddin berpandangan kelima-lima mereka tidak perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana keahlian mereka sudah tergugur selaras Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.3 dalam perlembagaan BERSATU.
“Kita terima banyak aduan berkenaan Dr Mahathir dan empat yang lain dan semua aduan itu dirujuk kepada Lembaga Disiplin BERSATU.
“Dalam jawapan balasnya, Megat Najmuddin menyatakan, berkenaan aduan yang dikemukakan, beliau berpendapat kes membabitkan kelima-lima mereka tidak perlu dirujuk untuk tindakan Lembaga Disiplin kerana mereka bukan lagi ahli BERSATU menurut Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.3,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di sini, hari ini. – BH Online